Wednesday, 17 October 2012

..Bulan Zulhijjah..

Assalammualaikum wbt
Kita mulakan dengan kalimah Bismillahhirrahmannirrahim..

ok..
hari ni 17 Oktober 2012 
bersamaan dengan 1 Zulhijjah 1433
jadi..
ada banyak kelebihan dalam bulan ini yang membolehkan kita menambah saham akhirat..
 salah satu contoh ialah puasa-puasa sunat..
jum baca artikel bawah ni..
kita dah copy dari halaqah.net

jemput baca ye kawan-kawan sekalian
moga kita dapat tambahkan pahala kita dalam bulan ni
InsyaAllah..

:)

Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
 "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim).

Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.


 Bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Ini berdasarkan Hadith Jabir r.a. yang bermaksud bahawa “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bertakbir pada solat Fajar hari Arafah, sehingga waktu Asar daripada hari tasyriq yang terakhir, selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu.” (riwayat Ad-Daruqutni)

                 Melaksanakan ibadat korban pada EidulAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam  untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.


(selamat beramal semua) 

bye 

:)
 


Tuesday, 16 October 2012

kursus Blog

..hehe..
hari ni baru la dapat belajar betul-betul cara buat blog..
lambat kan..
tapi tak pe,ilmu tu kan takde tempoh masa lambat ke cepat ke untuk belajar 
kan kan kan 
kebetulan ada kursus dan cikgu yang sudi ajar
jadi cepat-cepat lah diri ini mendaftar sebagai anak murid..
hehe..
seronok sangat dapat belajar
dan kadang-kadang ada lah juga kena ajar akak-akak senior yang tak faham
tapi ajar yang mana tahu aje..
(saya kan murid baru belajar)

..bye..

:)